Iklan Percuma dan Berbayar


Dapatkan iklan-iklan terkini di internet dengan cepat, mudah dan berkesan. http://www.churpchurp.com/taringpatah/share/churpchurp-invite

Tuesday, August 2, 2011

Jus Pompure

Jus PomePure 750 ml - RM 140.00


Jus PomePure 314 ml (Pomegranate) Harga Pasaran & Harga Online-RM 58.00


Jus PomePure 314ml (Real Fruit Fusion) Harga Pasaran & Harga Online-RM 65.00

Antara khasiat-khasiat Jus PomePure

Membantu menstabilkan paras kolestrol
Mempunyai tahap antioksidan yang tinggi
Memberi dan merangsangkan tenaga Batin
Menguatkan sistem pertahanan badan
Menghalang kemasukan Virus HIV-1 dan Microbicide
Mengelakkan kanser kelenjar Prostate
Menguatkan kesihatan gigi.
Melindungi otak bayi dalam kandungan
Mengelak penyakit Awal Pagi (Alahan Ibu Mengandung)
Membersihkan Rahim (khas untuk wanita)
Mencantik dan merawat kulit
Meredakan penyakit batuk dan asthma
Merawat penyakit sendi dan Gout

Tahukah Anda,

RAJA BUAH yang sebenarnya adalah DELIMA bukannya DURIAN.


Bersama kita membongkar kebaikan dan kemujaraban buah Delima.
Sesungguhnya buah Delima mempunyai tahap antioksidan yang tertinggi
daripada buah-buah yang lain dan ianya terdapat didalam SYURGA.


Buah Delima atau dari segi saintifiknya Punica Granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan, ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan. Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan Darah Merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit Anemia. Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Buah Delima mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buahan yang lain.

Delima Agen Penyembuhan

Delima, sejenis buah yang disebutkan di dalam Al-Quran, mengandung potassium yang besar jumlahnya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C.

Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga denyutan jantung agar tetap normal.. (bagi ibu dan perkembangan fetusnya).

Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur( kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung), mencegah Edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah ( ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy).

Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah,dan juga menguatkan jantung.

Rahsia Penciptaan Delima

Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Punica granatum dalam istilah botani juga terdapat di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa a.s lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon.

Buah Delima menjadi simbol KESUBURAN bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol KEBANGKITAN semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang BERKAT selain daripada buah limau dan pic.

Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.

Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam SYURGA yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam Surah Al An'am ayat 99 dan ayat 141.

Imam Al Ghazali mengajak manusia agar merenung sejenak tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit. Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama.

Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.

Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai
UBAT PENAWAR. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk.

Sepertimana sabda daripada Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud:

"Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman".

Jus Buah Delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis.

Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia.

Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah SWT.

Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah SWT cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...